Jumaat, 4 Jun 2010

BURUNG COCKATEIL MENYANYI

BURUNG BUDGIE



Inilah burung Budgie aku. Burung Budgie ni juga dikenali sebagai English Budgie sebab berbulu tebal dan berbadan besar sedikit dari budgie biasa. Harganya pun agak mahal dari budgie biasa.

COCKATEIL BERTELUR


Sekarang ni pasangan Cockateil aku ni dh bertelur 3 biji. InsyaAllah sedikit masa lagi menetas la telur tu. Tapi aku masih kena berhati-hati sebab ini adalah kali pertama Cockateil aku ni bertelur dan sebarang masalah mungkin akan timbul. Harap-harap semuanya ok.

Rabu, 2 Jun 2010

RAGAM COCKATEIL

Si betina White Face ni aku beri gelaran sebagai MEK. Mek ni jenis yang takut skit dengan orang dan agak garang. Si Mek ni sukar diramal tindak tanduknya tetapi dia tetap menjadi kesayanganku. Hehehe...

Si Jantan ni aku beri gelaran sebagao MOK, entahla tetiba ja nama tu yang bermain di minda aku. Mok ni pada mula-mula aku pelihara dia ni sangat takut ngn aku, mungkin sebab dia terkejut mungkin sebab owner dan persekitaran baru kut. Selang beberapa hari aku tengok dia mula berani dekat dengan aku, kalau aku duduk sebelah sangkar dia akan dekat dengan aku cuma bila aku nak lebih dekat dia lari. Sekarang ni Mok ni dah berani makan makanan yang aku suapkan kat dia dan dah mula berani bertenggek kat tangan aku. Mok ni juga aktif, aktif buat bunyi-bunyi pada waktu pagi dengan petang. Bunyi pelik-pelik pun ada macam bunyi alarm kereta pun ada kekadang tu bunyi macam siren pun ada. Seronok tengok gelagat si Mok ni.

KASEH BURUNG ( Cockateil )

Ini si jantan Lutino
Ini si betina White Face

Inilah sepasang Burung Cockateil.


Burung jenis Cockateil ni memang dah lama aku nak bela cuma sekarang ja berkesempatan. Pasangan burung ni aku dah pelihara hampir 4 bulan. Aku ni memang suka bela burung yang ala-ala parrots ni sebab nampak cantik lebih-lebih lagi burung ada jambul, tu yang mahal tu. Cuma burung agak liar sedikit la, yang si betina tu memang takut skit dengan orang kalau yang si jantan tu agak jinak sedikit. Selama hampir 4 bulan aku pelihara burung-burung ni nampaknya burung-burung ni dh semakin serasi dengan aku.

KASEH BURUNG

Assalammualaikum w.b.t. Bersyukur aku kehadrat Illahi kerana memberi kesempatan kepada aku untuk berkongsi kepada masyarakat di luar sana terhadap minatku ini. Tajuk Keindahan Burung yang aku pilih adalah untuk memuji akan keindahan atas ciptaan Tuhan Yang Maha Esa. Disamping itu juga aku amat berharap dapat bertukar pendapat dan berkongsi ilmu dengan peminat-peminat burung di luar sana.